Sunday 1 April 2012

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA

Ringkasan Bab 9 : Kaedah Penyelesaian Masalah


+++Tajuk yang ingin dikupas +++

Definisi:
Satu keadaan gangguan emosi,fizikal dan pemikiran seseorang.Dalam kehidupan kita pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama yang membawa kepada kerunsingan dan stress.

Cara penyelesaian masalah:
  • Takrifkan masalah secara tepat
  • Analisis masalah
  • Asingkan dan keluarkan pengetahuan yang diperlukan untuk selesaikan masalah
  • Pilih kaedah penyelesaian yang terbaik
Masalah dan Isu:
Masalah ada banyak kategori seperti misteri,puzzle,dilema dan peluang. Apabila ditimpa sesuatu masalah perlu mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.Jika kita biarkan sesuatu masalah itu berlarutan,ianya akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan.

Sifat Penyelesaian Masalah:
  • Motivasi yang kuat - Penyelesai masalah yang berkebolehan pasti akan dapat mengatasi masalah dan kesukaran dengan segala tenaga yang ada pada diri mereka.
  • Trait yang positif - Emosi yang stabil untuk membolehkan seseorang menyelesai masalah.Haruslah cerdik dan pintar.Kebolehan untuk terus berusaha juga penting.
  • Jati diri - Melihat dirinya seorang yang berkebolehan tetapi sedar akan kekurangan diri. Mereka mempunyai tahap keyakinan yang amat tinggi.
  • Membina kemahiran - Menggunakan berbagai teknik untuk menyelesaikan masalah.Boleh dipelajari dari kursus-kursus pengurusan masalah.
Kategori Masalah:
  • Misteri - Situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku. Kadang-kadang sebabnya ada tetapi sukar untuk dihurai..
  • Tugasan - Memerlukan teknik-teknik tertentu sebab matlamat pencapaian perlu disalurkan kepada orang yang hendak menjalankan tugas.
  • Kesukaran - Kekadang kita tahu apa yang hendak dilakukan tetapi pelaksanaannya amat rumit, mencabar dan kompleks. Berlaku kerana 2 sebab ; tidak tahu mengurus situasi atau rasa sumber yang ada tidak cukup.
  • Peluang - Peluang akan mendatangkan keuntungan. Usaha harus ditumpukan untuk terbitkan peluang.
  • Tidak pasti - Dalam beberapa situasi kita tahu ada jalan penyelesaian,tetapi kekadang kita tidak pasti mana jawapan yang betul.
  • Dilema - Situasi dimana amat sukar untuk mencari jalan penyelesaian dan menentukan cara terbaik untuk melakukannya.
Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik dan Logik:
  • Definisikan Masalah 
  • Kelaskan Masalah
  • Tentukan Objektif
  • Tentukan Ukuran Kejayaan
  • Kutipan Data
  • Buat Keputusan
  • Laksanakan Keputusan Yang Diambil
Penyelesaian Secara Saintifik:
  • Adakan Hipotesis
  • Kumpul Maklumat
  • Buat Kesimpulan
Penyelesaian Secara Kreatif:
  • Tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik
  • Tidak bersifat analitikal seperti kaedah saintifik
  • Tidak bersifat vertical/sehala seperti kaedah saintifik :
    • Topi Hijau - lambang pemikiran kreatif
    • Topi Kuning - lambang pemikiran positif
    • Topi Putih - lambang pemikiran objektif
    • Topi Hitam - lambang pemikiran negatif
    • Topi Merah - lambang pemikiran emotif
    • Topi Biru - lambang langit di atas
Penyelesaian Melalui Perasaan:
  • Kebolehan mengetahui emosi sendiri
  • Kebolehan dalam pengurusan emosi
  • Kebolehan meningkatkan motivasi
  • Kebolehan mengenal emosi orang lain
  • Kebolehan menjalin persaudaraan
Penyelesaian Secara Islam:
  • Pendekatan Hukum - sebagai hukum yang sudah jelas dalam al-Quran dan Hadith,WAJIB dipatuhi kecuali:
    • Darurat
    • Penyakit
    • Gila
    • Pengsan
    • Usia Tua
    • Cacat mental
  • Pendekatan Sufi -bersifat moral dan spiritual
Kesimpulan:
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.